Thursday, May 24, 2012

Sakit Hatiku!!!!

Hari ini dalam kelas... kami maam biasa lah.. mulanya dia tak duduk sebelah aku..
Lepas itu, dia tukar tempat dengan kawan aku tu lalu duk sebelah aku...
aku gembiralah dia duduk sebelah aku...
tapi kegembiraan ku hanya sementara...
hal ini kerana dia buat perangai...
Dia punyalah excited time ada kwn aku dak perempuan bentang...
ni mendatangkan marah aku... gila betul..
dia cakap aku hilang ciri-ciri keperempuanan apabila berbual or bergurau dengan lelaki.. tapi kau!!!!!!!!!
Dia gatal gila, menjawab semua pertanyaan perempuan itu, tanpa menghiraukan perasaan aku di sebelahnya...
Aku punyalah sedih sampai rasa nak menangis..
Dia paham dan sedar aku merajuk dan masam muka namun dia tetap meneruskan perangai dia..
Sampailah aku menjerit " kau memang nak cari gaduh dengan aku ker" !!! Aku tak dapat mengawal kemarahan sebab terlalu geram.
Tapi aku tak boleh lupa apabila perempuan itu memberi peneguhan iaitu bagus kepada dia... sambil gedik2 nak sebut nama dia... dia terus sebut nama aku... semua budak dengar malah terdiam.. ade plak yang ehem2... namun aku hanya mendiamkan diri kerana rasa berang dengan perangai dia... sakit ati aku namun gembira sebenarnya...
Aku x benci perempuan tu.. tp perempuan tu mmg gedik.. sikit-sikit pggil dia.. sikit-sikit puji dia.. gilak tol!!!!! org len ade gak yang wat cntk2 x dipuji plak.. nampak sangat kn!!!!! hangin aku satu badan.. sedih tol... cukup2 lh dugaan aku apabila dia menjadi pakwe orang lain ini datang pulak perempuan gedik ni.. Ya Allah beratnya ujian aku...
ya Allah aku tak kuat... namun sekiranya semua ini ada hikmah disebaliknya.. kau bantulah aku ya Allah... permudahkan urusan aku ni ya Allah..
Kalau aku bukan jodoh dia.. jauhkan lah kami... jauhkan lah kami Ya Allah.. temukan aku pada seseorang yang memang jodoh aku... Aku terlalu mencintai lelaki itu... adakah dia jodoh aku... janganlah sakit macam ni.. aq redha ya Allah dan aku bersyukur.. namun kau bantulah aku.. kau permudahkanlah urusan aku ya Allah.

Thursday, March 29, 2012

sedihnya !! ~~

sedihnya ari ni....
merindui seseorang yang bukan milik ku..
apakah ini smua ujian pada diri ini untuk menguji keimananku...
hambamu lemah ya Allah..
mungkinkah aku hidup tanpa dirinya...
bersabarlah wahai hati..

DOA KU UNTUK MU

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..

kerinduaan!!

lame asenye x update blog ni...

rindunye.. rindu kat sape ye hhee..

setelah sebulan saya berpisah dengan lelaki itu, hati ini masih lagi sayang dan rindu..
malah bila melihat wajahnya, air mata ini masih mampu untuk mengalir.
tapi kini dia sudah ada yang punya.. dia dah ada perempuan lain.. kejamnya dia..
mengapa saya diuji sebegini.. Ya Allah cekalkan lah hati saya.
saya amat merindui dirinya sekarang.
kerana terlalu mencintai dirinya saya telah menjadi anak derhaka kerana membuat ibu saya bersedih.
ya Allah ampunkan lh saya.
jangan lah uji saya sebegini ya Rahman.. mungkin segala ini ada hikmahnya.
kuatkan saya ya Rahim...

Wednesday, November 23, 2011

cmner nk lepaskan dia????

rindu dan sayang aku hanya pada dia...
tp bgaiamna aku nk lepaskan dia...
oh kekasih hati saya, terseksakah dirimu?
maafkan saya.. sy lum sedia utk melepaskan dirimu...
sy sering berdoa kepada ALLAH supaya diberi kekuatan utk melepaskan dirimu..
tp Allah belum memakbulkan doa saya, mungkinkh diri mu jodohku....
wahai kekasih hati saya, saya kesihan dengan diri mu yang sakit disebabkan diriku...
akan ku cube utk melupakan dirimu.... saya pun masih dalam tempoh belajar melupakan dirimu...
ya AllAH kuatkan diriku ini... tabahkan hatiku menghadapi semua ujian ini...
sekiranya dialah jodohku, kuatkan lah hati kami dalam menghadapi dugaanmu ini..
sedihnye hati aq skrg bila semua ini kau beri pada diri ku..
ampunkan dosa-dosaku ya ALLAH..