Thursday, March 29, 2012

sedihnya !! ~~

sedihnya ari ni....
merindui seseorang yang bukan milik ku..
apakah ini smua ujian pada diri ini untuk menguji keimananku...
hambamu lemah ya Allah..
mungkinkah aku hidup tanpa dirinya...
bersabarlah wahai hati..

DOA KU UNTUK MU

Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Ya Allah...
Seandainya telah Engkau catatkan, Dia milikku tercipta buatku, Satukanlah hatinya dengan hatiku, Titipkanlah kebahagiaan antara kami, Agar kemesraan itu abadi ...

Ya Allah...
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi, Seiringkanlah kami melayari hidup ini, Ketepian yang sejahtera dan abadi, Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah...
Seandainya telah Engaku takdirkan, Dia bukan milikku, Bawalah dia jauh dari pandanganku, Luputkanlah dia dari ingatanku, Dan peliharalah aku dari kekecewaan...

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti... Berikanlah aku kekuatan, Menolak bayangannya jauh ke dada langit, Hilang bersama senja yang merah, Agar ku sentiasa tenang, Walaupun tanpa bersama dengannya...

Ya Allah yang tercinta...
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu, Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan, Adalah yang terbaik untukku, Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui, Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini...

Ya Allah...
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku, Di dunia dan di akhirat, Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini, Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian, Di dunia ini mahupun di akhirat, Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran, Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup, Kejalan yang Engaku redhai, Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah...

Ya Allah...
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat, Dan peliharalah kami dari azab api neraka,

AMIN... AMIN... AMIN...
YaRabbal'aalamiin..

kerinduaan!!

lame asenye x update blog ni...

rindunye.. rindu kat sape ye hhee..

setelah sebulan saya berpisah dengan lelaki itu, hati ini masih lagi sayang dan rindu..
malah bila melihat wajahnya, air mata ini masih mampu untuk mengalir.
tapi kini dia sudah ada yang punya.. dia dah ada perempuan lain.. kejamnya dia..
mengapa saya diuji sebegini.. Ya Allah cekalkan lah hati saya.
saya amat merindui dirinya sekarang.
kerana terlalu mencintai dirinya saya telah menjadi anak derhaka kerana membuat ibu saya bersedih.
ya Allah ampunkan lh saya.
jangan lah uji saya sebegini ya Rahman.. mungkin segala ini ada hikmahnya.
kuatkan saya ya Rahim...